Want to List your Site 
here ? E-mail me :)
  • Sekolah Dato' Onn Butterworth terletak di Bagan Ajam, lebih kurang 8km di utara bandar Butterworth bersebelahan jalanraya Butterworth - Alor Setar.
  • Sekolah ini mula diasaskan dalam tahun 1959 dengan dua buah darjah aliran Menengah Melayu yang pertama ditubuhkan di Seberang Perai Utara ini. Sebelum bangunan tetap didirikan pelajar-pelajar ditempatkan di Sekolah St. Mark Butterworth. Pada tahun 1959 terdapat seramai 80 orang pelajar lelaki dan 29 orang pelajar perempuan belajar dalam tingkatan 1. Seramai 6 orang guru Melayu telah ditugaskan bagi mengendalikan kelas-kelas tersebut. Pada tahun 1961 bilangan pelajar telah meningkatkan dengan adanya Tingkatan 3 dan pelajar mula menduduki peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran.
  • Pada tahun 1963 bilangan darjah menengah melayu ini bertambah menjadi 7 buah (3 kelas tingkatan 1 dan 1 kelas bagi tiap-tiap tingkatan 2 - 5). Pelajar-pelajar mulai menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Pada tahun 1964 bangunan sekolah ini siap dibina dan seramai 387 orang pelajar serta 14 orang  guru telah berpidah dari Sekolah Menengah  St. Mark ke sekolah Menengah Melayu yang pertama di kawasan Seberang Perai Utara ini. Sekolah ini mula dikenali sebagai Sekolah Menengah Bagan Ajam.
  • Pada hari Isnin 25hb Julai 1966, Sekolah Menengah Kebangsaan Bagan Ajam hanya wujud dalam kenangan apabila pada pagi bersejarah tersebut, YB En. Mohd Khir Johari Menteri Pelajaran Malaysia merasmikan bangunan sekolah dan mengabadikan nama sekolah ini sebagai Sekolah Dato' Onn Butterworth. Nama ini diambil sempena nama tokoh pejuang negara, DATO' ONN JAAFAR.  Sejak itu, tahun demi tahun sekolah ini mencatatkan berbagai pengalaman sejarah dan menampakkan perkembangan serta kemajuan yang pesat dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.
  • Sekolah ini telah menempa sejarah dengan menerima kunjungan beberapa orang tokoh kenamaan seperti berikut : 
Julai 1984 
Lawatan YB En. Anwar Ibrahim, Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan Malaysia, sempena sempena Mesyuarat Agung PIBG. 
24 Mei 1981 
Lawatan Datuk Abd Rahman Arshad, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, sempena Hari Pendidikan 1981. 
21 Oktober 1985 
Lawatan En. Shahnon Ahmad, Pusat Islam USM, sempena Hari Ucapan dan  Penyampaian 1985. 
Julai 1987 
Lawatan YB En. Leo Micheal Toyad Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia, sempena Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah 1987. 
3 Ogos 1987 
Lawatan Tun Dr Awang Hassan, TYT Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang sempena Hari Kesihatan Sedunia 1987. 
24 Jun 1990 
Lawatan YAB Dato Seri Dr. Mahathir  Mohammad, Perdana Menteri Malaysia dan En.Anuar Ibrahim,  Menteri Pendidikan Malaysia, sempena lawatan kerja ke Pulau Pinang. 
18 September 1993 
Lawatan YB Hj. Mohd Shariff Bin Omar, Setiausaha Parlimen Kementerian Pertanian sempena Hari Kecemerlangan Pelajar 1993 dan perasmian surau sekolah. 
Sehingga kini sekolah ini telah diperlengkapkan dengan pelbagai kemudahan makmal mutlimedia, pusat sumber, pusat rujukan guru, perpustakaan, klinik gigi, tabung kebajikan pelajar, medan ilmu bangunan asrama putera dan puteri, koperasi sekolah, surau sekolah dan muzium sekolah.
Sekolah ini turut mencipta nama dengan menjadi Sekolah "Harapan Negara" peringkat negeri pada tahun 1992/1993. Bangunan sekolah ini juga diabadikan dalam buku teks KBSM Bahasa Malaysia Tingkatan 5 terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka keluaran tahun 1991. 
Back to Top
 
Designed & Maintained by Daniel Ng

Sekolah Datuk Onn Butterworth (SDOB), it is one of the most well known high schools on the mainland of Penang.This site is primarily dedicated to all EX-SDOB students. May you all keep in touch with each other. Malaysia ; Daniel James Ng ; Daniel Ng ; Daniel James Ng Wai Weng ; djnww ; DJNWW ; Australia ; Sutree ; Suhanee Sutree Chit ; Daniel Cha Kean Fean ; Daniel Cha ;  Tan Jiunn Chiat ; Hong Ang Hai ; Leong Wen Hue ; Leong Wen Ni ; Ho Eng Ling ;  Balan Nair ; Matthew Parera ; Nina Faradayana ; Yeoh Ming Tze ; Ming-Tze ; Jamie Khoo Siew Farn ; Sauvaphap ; Marlina ; Azian ; Suriati ; Masniza ;